Korang suka makan western food? Kalau suka, aku nak cadangkan korang p makan kat Fiske Steakhouse di Keramat. Restoran ni berdepan dengan kilang Pernec Corporation. Western food kat sini memang marvellous sedap, lain dari yang biasa kita makan. Harga? Sangat berpatutan. Kita tak perlu nak pakai cantik-cantik p makan western food kat hotel 5 bintang since kat sini pun kita bleh rasa masakan chef 5 bintang.




Beef steak special ni berharga RM12.90, ada daging disiram kuah black pepper dan spaghetti. Fuhhh sedap oooooo harga makanan kat sini dalam lingkungan RM8 - 15 saja. Tapi rasa dan penampilan....mmg superb!
Ni chicken chop.... portion ni banyak gak. Untuk yang tak kuat makan, bawak kawan bersama ye, boleh kongsi. Kalau sesapa yang tak suka western, tempat ni ada jual nasi dan asam pedas (set). Pelbagai jenis asam pedas ada di sini, tepuk dada, tanya selera..... (tapi asam pedas kat sini betul-betul pedas tau). 
Kalau korang nak makan istimewa dengan harga bajet, boleh p restoran ni. Highly recommended!
Alamat :
Fiske Steakhouse, No. K4, Medan Selera AU2, Taman Desa Keramat. Call Nur Azlina Ahmad (017-3742109) for catering services
GPS:
3°10'37"N 101°45'10"E
buat sahabatku....dok pi jalan2 cari makan dah dekat ngan rumah aku tu..jomlah jalan2 mai rumah aku....
ReplyDeletekejap lagi plan nak terjah
ReplyDelete